Sunday, 29 November 2015

Filled Under:

GEMPAR!! MESTERI Kisah JENAYAH NORITA Di BILIK MAYAT HKL TERUNGKAI!!



## Ingat tak kes pembunuhan seorang wanita perlis (peragawati) yang berlaku di sebuah kondo mewah di kuala lumpur?...
Wanita bernama norita samsuddin, 22, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan jejawi, perlis. Noritta dibunuh di atas katilnya pada bulan disember 2003....

TARIKH       : 5 Disember 2003
WAKTU       : Sekitar 10 pagi
LOKASI       : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

>> HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27. Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun....

Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model....

>> Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku....

>> Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.
Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit....

” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.
Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku....

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ....

”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.
Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini....

>> Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah....

Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain....

>> Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh...

Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan....

>> Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan...

Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah....

>> Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.
Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati....

Aku bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh....

Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.
Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis....

Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku....

Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat....

Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?...

>> Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ...

>> Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi...

Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu...

wartawan syahrilkadir



Sumber >> http://ohawan.blogspot.com/




0 comments:

Post a Comment