Friday 27 November 2015

Filled Under:

SENSASI TERKINI!!! Ya, saya bernikah kali kedua....Andy Flop Poppy



Kuala Lumpur: Bekas penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Megat Effendy Zakaria atau Andy, 43 mengakui sudah bernikah kali kedua dan menegaskan tidak pernah merahsiakan mengenai perkara itu..................

Penyanyi yang cukup popular dengan single terbaru Terima Kasih Cinta itu juga menegaskan, hubungannya dengan isteri pertama Nurul Shafizan Othman, 42, baik dan tidak pernah berdepan masalah seperti apa yang dihebahkan.............


Ditemui di sini, sebentar tadi bagi mempromosikan projek terbarunya bersama kumpulan Caravan Of Praise, Andy menjelaskan dia cuba mengambil pendirian tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana bimbang ia akan menimbulkan lebih banyak keburukan...................

“Saya percaya umum sendiri sudah nampak saya pernah keluar bersama kedua-dua isteri saya. Itu menunjukkan bahawa hubungan kami baik dan tiada masalah.................

“Begitupun saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenainya kerana bimbang orang akan membuat andaian negatif mengenainya. Itu akan memburukkan lagi situasi. Itu yang saya cuba elakkan,” katanya.

Kata Andy lagi, dia tidak pernah merahsiakan apabila ada orang bertanya kerana apa yang dilakukan adalah dengan niat baik..............

“Saya melakukan (pernikahan kedua) mengikut syarak. Saya buat benda betul dan baik jadi tidak ada perkara yang perlu saya rahsiakan,” katanya.

Sebelum ini timbul gosip mengatakan selepas bernikah buat kali kedua, penyanyi yang masih diminati ramai itu tidak memperdulikan dan mendera isteri pertamanya.................
..
Isterinya Shafizan juga didakwa telah membuat laporan polis mengenainya tetapi telah menarik balik. Begitupun sehingga kini tiada bukti atau kenyataan kukuh mengenainya dibuat...............

Membuktikan kata-katanya, Andy baru-baru ini juga turut dilihat telah memuat naik wajah isteri keduanya untuk dikongsi bersama peminatnya di laman sosial instagram.............

sumber : http://www.hmetro.com.my/




0 comments:

Post a Comment